02Oktober2014

Indeks Globalisasi: Kedudukan Malaysia meningkat

malaysian-flagxx
Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Globalisasi tahunan kepada tempat ke-20 tahun ini daripada ke-26 sebelumnya dengan syarikat-syarikat Malaysia memberikan tumpuan kepada tiga faktor utama, pemikiran strategik, pelaksanaan dan pembelajaran.

Azwan Baharuddin, Peneraju Pasaran bagi Ernst & Young, ketika berkata demikian juga menyimpulkan bahawa syarikat Malaysia memerlukan pemikiran strategik yang boleh memanfaatkan peluang-peluang global dan serantau.

"Ini khususnya dalam pasaran yang mungkin tidak pernah dipertimbangkan sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas laporan globalisasi 2013 Ernst and Young'', "Looking Beyond the Obvious: Globalisation and New Opportunities for Growth" di Kuala Lumpur hari ini.

Azwan berkata bidang-bidang industri yang akan menjadi tumpuan utama termasuklah minyak dan gas, pendidikan, pelancongan, penjagaan kesihatan dan pertanian.

"Sebagai salah satu ekonomi yang paling pantas berkembang di Asia, Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih tinggi sedikit daripada purata global di samping mengekalkan kedudukan ke-26nya.

Beliau juga berkata keputusan analisis Indeks Globalisasi 2012 menunjukkan bahawa Malaysia sedang bergerak maju dengan teguh, dengan dipacu oleh teknologi dan perdagangan.

"Bagaimanapun, ada beberapa isu yang syarikat Malaysia perlu berikan tumpuan dalam perkembangan masing-masing," katanya.

Misalnya, katanya, mereka perlu mewujudkan strategi khusus bagi pasaran-pasaran yang dipilih, di samping memanfaatkan teknologi yang menawarkan potensi kepada perniagaan untuk berkembang.-4/2/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 486  tetamu dalam talian