31Oktober2014

Bila Papagomo 'serang' UMNO...

papagomo-komenxx
Kalau begini caranya jangan hairan kalau melihat berderet-deret komen negatif yang disiarkan oleh blog dan portal berita pro pembangkang di bawah berita atau tulisan mengenai kerajaan atau pemimpin UMNO.

Bukan saja setakat ini malah ada yang bertindak sampai mengunakan nama orang lain dalam perang saraf mereka seperti yang berlaku pada blogger terkenal Papagomo.

Nama seirasnya dan wajah lelaki tidak dikenali digunakan untuk ulas berita mengenai Ahli Parlimen PAS Shah Alam cabar Datuk Dr Hasan Ali siapa tajanya di laman Malaysiakini Jumaat 24 Februari.

Ketika dihubungi Papagomo kata," itu bukan komen dari akaun facebook saya....ini taktik biasa mereka untuk mengelirukan orang ramai."

Dia dakwa mendapat maklumat dari sumber dalaman  pembangkang memang miang mengupah individu untuk membuat komen-komen negatif  di pelbagai media internet yang pro mereka.

Katanya, individu terbabit yang dibayar menggunakan dana khas, akan membuat puluhan akuan facebook, twitter dan menyerang pemimpin kerajaan.
 
“Pembangkang ingin menwujudkan persepsi bahawa ramai orang membenci kerajaan, hakikatnya komen-komen seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini dan lain-lain dibuat oleh segelintir individu yang sama,” katanya.
 
Komen -komen dibuat menggunakan pelbagai akuan samaran seperti “Pak Min Toya” “Kong Bu Fenzi” “Diplomatik Bebas” “Waja Perkasa” dan banyak lagi.
 
Menurutnya ratusan akuan FB, ratusan akuan twitter dibuat hanya untuk menyerang kerajaan BN dan pemimpin UMNO.
 
“Saya sedar perkara tersebut, bukan saja akuan FB, akuan twitter pun ada, ini menunjukkan bahawa blog dan pendedahan saya berkesan, sebab itu mereka guna cara kotor untuk menyerang saya,” ujarnya.
 
Dari perkembangan ini dia menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘panas punggung’ bila dia dan rakan-rakan blogger mendedahkan video seks pemimpin utama pembangkang tersebut tidak lama dulu.
 
“Jadi tak perlu hairan kalau ramai yang serang dan cuba fitnah saya begitu.Ini supaya saya sibuk menjawab serangan dan lupakan dia, silap, saya akan terus ingatkan orang ramai, siapa lelaki dalam video tersebut, ia Anwar Ibrahim, 99.99 peratus, Anwar Ibrahim,” tegasnya.
 
Mengulas mengenai adanya kisah pertembungan antara blogger pro UMNO, kata Papagomo, ia merupakan perkara kecil yang dibesar-besarkan oleh penyokong pembangkang.
 
“Penyokong pembangkang mahu melihat setiakawan blogger UMNO pecah, mereka lakukan berbagai cara, cipta fitnah, cucuk sana, cucuk sini, tujuannya satu, bila kita bergaduh sesama sendiri, perpaduan kita rapuh dan musuh senang masuk,” tegasnya.-25/2/2012 - OLEH HELME HANAFI

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 658  tetamu dalam talian