02Oktober2014

Bertaubat segera... kata Zahid pada ex-jeneral

zahidhamidiaskar
Peringatan kepada bekas-bekas pegawai tinggi ATM yang menghina dan memperlekeh anggota-anggotanya agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Ini ekoran terdapat beberapa bekas pegawai kanan yang kini dilihat menjadi “suara pembangkang” serta menggunakan pentas pembangkang mengkritik kerajaan.
 
Bagaimanapun bagi Menteri Pertahanan, puak-puak yang memperlekeh anggota tentera dalam misi mempertahan dan menghapuskan penceroboh di pantai timur Sabah perlu bertaubat.
 
Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak sanggup melihat pasukan anggota tentera dihina dan diperlekehkan oleh golongan ini kerana para anggota tentera sentiasa berjuang bermati-matian mempertahankan kedaulatan Negara. 
 
"Jika ada empat, lima kerat bekas-bekas Jeneral dulu semasa mereka menjadi pegawai-pegawai dalam angkatan tentera mereka telah bai’ah, mereka telah ikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan ikrar ini bukan hanya berkuatkuasa ketika mereka berkhidmat ianya terus berjalan sehingga ke hari ini.
 
"Oleh yang demikian jika ada dikalangan mereka yang memperlekehkan dan menghina angkatan tentera Malaysia kita minta mereka kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kerana sumpah mereka pada Negara dan Yang DiPertuan Agong,’’ katanya.
 
Kenyataan Zahid dibuat ketika berucap di Majlis Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Warga Tentera di Hangar Rejimen Ke 3 Artileri Diraja Kem Kamunting Jumaat.
 
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Brigadier Jeneral, Dato’ Md Dzahir Abd Rashid, Adun Kamunting, Dato’ Mohamad Zahir Abd Khalid dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Shalimin Haji Ahmad.-16/3/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 341  tetamu dalam talian